Isnin, 24 Ogos 2009

Kenapa Belajar Cakap Jepun


Bila anda belajar bahasa jepun tentulah anda boleh berkomunikasi ngan orang jepun dan menimba ilmu dari tulisan orang jepun.


Jadi persoalannya apakah bestnya boleh bercakap ngan orang jepun.


1. Boleh berkawan/berkahwin dengan orang jepun

2. Peluang perniagaan dengan orang jepun atau produk dari jepun.

3. Peluang pekerjaan yang sangat luas di syarikat jepun atau syarikat yg mempunyai klien dari jepun.

4. Keyakinan untuk melancong ke negara jepun tanpa masalah utk ke tandas utk naik train dan yg penting sekali kita tahu apa yg boleh dimakan di jepun.

5. Boleh baca komik atau menonton anime jepun tanpa sarikata lagi seronok. Anime jepun mempunyai lawak yg dipanggil 'tsukomi' yg takkan dapat difahami oleh sarikata. Hanya orang yang faham bahasa jepun jer yang boleh ketawa terbahak-bahak.

6. Dapat membaca ruangan internet dan berita2 terbaru mengenai gadget dari jepun atau menimba ilmu DIY dari buku2 online atau dari kedai buku bahasa jepun seperti Kinokuniya dll.

7. Yang penting bila anda sudah menguasai bahasa jepun anda dapat mengetahui banyak perkara dan faham banyak perkara yang sebelum ini anda tak tahu langsung. Dulu kalau orang cakap bahasa jepun anda hanya mampu ternganga tetapi bila anda sudah menguasai bahasa jepun anda boleh 'menyampuk' sama. Anda seolah2 ada kuasa baru!!!


Khamis, 20 Ogos 2009

Kelas Bahasa Jepun DI Johor Bharu


Saya akan mengadakan kelas bahasa jepun di kawasan Tampoi, Johor Bharu.
Sila Hubungi saya di 0148274038. (Helmi)

Pelajar tiada had umur. Terbuka utk semua golongan. Pelajar atau yg sudah bekerja layak menyertai.

Anda akan pandai:
Bercakap dalam bahasa jepun selama 3 bulan.
Memahami percakapan bahasa jepun selama 5 bulan.
Membaca dan menulis selama 1 tahun.

Terbahagi kepada 2 sessi.

Sessi Biasa
Yuran Bulanan: RM80 (Untuk 30 pelajar terawal sahaja)
Sesi Kelas: Sekali Seminggu selama 2jam setengah
Waktu: Akan diumumkan kemudian
Tempat: Pusat Tuisyen(3 pusat tuisyen akan dipilih utk dijadikan kelas)

Sessi Intensif
Yuran Setiap Sessi: RM100 (Terhad kepada 5 orang utk satu kelas)
Sessi Kelas: 3 kali seminggu.